Monday 9 January 2017

Gotong-royong Dapat Mewujudkan Hubungan Silaturahim Pelbagai Kaum

pendahuluan 

            Kegiatan gotong-royong merupakan amalan turun-temurun. Kegiatan ini masih diamalkan di kawasan kampung. Oleh itu, kegiatan ini perlu disemarakkan kembali kerana banyak manfaatnya kepada masyarakat.
             Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.

              Gotong royong dapat diartikan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang ditakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan maupun masalah dengan sukarela tanpa adanya imbalan. Sikap gotong royong ini telah melekat pada diri masyarakat pedesaan dan merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang.
              Sikap gotong royong ini sangat berperan sekali untuk memperlancar pembangunan yang berguna bagi kesejahteraan masyarakat. Kegiatan gotong royong yang hidup, tumbuh dan berkembang dalam kehidupan masyarakat desa selama ini, perlu diarahkan dan dibina sedemikian rupa sehingga dapat menunjang pembangunan yang sedang dilaksanakan. 
             Gotong royong dalam usaha meningkatkan produksi perlu digalakan dan hasilnya digunakan untuk pembangunan desa. Permasalahan yang ada sekarang ialah bagaimana cara memupuk kembali nilai-nilai gotong royong yang pernah hidup dengan kuatnya pada kehidupan masyarakat. Walaupun tidak berarti kita harus meampertahankan faktor pendorong adanya gotong royong tersebut.
              Gotong royong akan tetap hidup dikalangan masyarakat, tetapi berbeda latar belakangnya, bentuk dan sifat dari gotong royong itu sendiri perbedaan ini biasanya ditimbulkan oleh lingkungan masing-masing. Jadi sikap gotong royong dalam masyarakat yang melaksanakan pembangunan mengalami perubahan berbarengan dengan terjadinya perubahan -perubahan sosial yang berlangsung secara berkesinambungan dengan hasil-hasil penemuan manusia itu sendiri.
              Sementara itu orang-orang desa mulai menyadari dengan lebih mendalam akan perlunya kesempatan dan tata cara berpikir baru, perencanaan terhadap kerjasama atau gotong royong untuk memecahkan berbagai macam problema. Dengan itu mereka akan memperoleh pengalaman bahwa dengan bergotong royong itu akan melakukan hal-hal yang lebih banyak dan lebih efektif dari pada cara perseorangan.   







Gotong-royong di Malaysia

Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian

daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi,

selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah

dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan

bangsa Malaysia.



Kebaikan Amalan Gotong-Royong Dapat Mengeratkan Silaturrahim 

                Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-

sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang dilakukan di

bandar pada masa ini. Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali

dalam masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan

dalam kehidupan seharian.

                Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja yang kita lakukan.

Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di

kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan.

Dalam sesuatu majlis yang diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah

khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.

                Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang

dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya,

gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita

lakukan cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.

                Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam sesetengah

keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh, jika

sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja

dan kos penyediaan makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina

tempat menunggu bas, jika dibuat secara gotong-royong.

                Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam

kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat

yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong

ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat

memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.

                Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat

penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya,

dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan,

perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya,

dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.

                Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada

masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu ‘Maufakat Membawa

Berkat’. Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui

kempen yang diadakan di televisyen dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini

wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan

budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.

 Amalan gotong-royong masih teguh diamalkan di kalangan masyarakat di luar bandar

berbanding masyarakat di bandar

Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat kita yang mengutamakan semangat

bekerjasama di antara satu sama lain, bak kata pepatah `berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Masyarakat di luar bandar masih teguh mengamalkan gotong-royong kerana masyarakat ini amat

mementingkan perpaduan dan nilai tradisi serta suka hidup tolong-menolong dan melakukan kerja

secara sukarela. Struktur anggota masyarakat ini yang terdiri daripada saudara-mara sendiri

memudahkan lagi amalan ini dilaksanakan. Berdasarkan hal inilah masyarakat tersebut sama-sama

menggembleng tenaga dan berkorban masa untuk menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan

oleh ahlinya.

Selain itu, hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan di kalangan penduduk luar bandar

lebih terjalin erat. Keadaan sebegini mendorong mereka untuk berkumpul dan berbincang dalam

menjayakan sesuatu aktiviti gotong-royong. Dengan adanya keharmonian dan kemesraan di

kalangan setiap lapisan masyarakat membolehkan mereka dengan tidak segan-silu meminta bantuan

dan pertolongan. Hal ini kerana mereka berpegang kepada hakikat bahawa segala-galanya bertolak

daripada sifat manusia sebagai makhluk yang lemah. Oleh itu, kita saling bergantung antara satu

sama lain.

Corak petempatan masyarakat di luar bandar juga menyebabkan amalan gotong-royong masih teguh

diamalkan. Corak petempatan kampung tradisional yang berselerak di meratarata tempat dan

mempunyai kawasan yang luas membolehkan aktiviti gotong-royong dijalankan dengan mudah. Ini

berbeza dengan corak petempatan dan masalah kekurangan tanah di bandar yang tidak

menggalakkan aktiviti gotong-royong dijalankan.

Masyarakat di bandar lebih berorientasikan pekerjaan berbanding masyarakat di luar bandar.

Mereka bekerja dari pagi hingga ke lewat petang dan sesetengahnya pula hingga ke malam. Corak

pekerjaan yang sedemikian menyukarkan mereka untuk melibatkan diri dengan aktiviti gotong-

royong. Pada hujung minggu pula kebanyakannya menumpukan masa kepada urusan keluarga.

Memang tidak dapat dinafikan aktiviti gotong-royong ada dijalankan di bandar, tetapi sambutannya

kurang menggalakkan. Mereka lebih gemar mengupah pihak tertentu untuk melakukan kerja yang

biasanya dibuat secara bergotongroyong oleh masyarakat luar bandar.

Masyarakat di bandar juga lebih bersikap individualistik dan gemar menunjukkan kelebihan masing-

masing. Apatah lagi kemewahan dan kesenangan hidup yang dikecapi menyebabkan mereka

beranggapan bahawa pertolongan orang lain kurang diperlukan. Mereka berasakan mereka boleh

hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Sehubungan itu, persepsi masyarakat di bandar

mengenai amalan gotong-royong adalah sebagai perkara remeh. Akibatnya, amalan ini semakin

terpinggir.

Tahap pembangunan yang kurang pesat di luar bandar berbanding di bandar turut menyebabkan

masyarakat di situ lebih memerlukan antara satu sama lain. Mereka menghadapi banyak kepayahan.

Lagipun pendapatan mereka tidak sebanyak penghuni bandar. Oleh itu, mereka tidak

berkemampuan untuk mengadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan di hotel atau di

dewan tertentu. Mereka juga kurang mampu untuk membuat tempahan makanan yang siap

dimasak untuk majlis tersebut. Sebaliknya mereka lebih memerlukan bantuan daripada jiran dan

saudara-mara bagi menjayakan sesuatu majlis keramaian itu.

amalan gotong-royong di kalangan anggota masyarakat di luar bandar perlu dicontohi oleh

penduduk bandar kerana amalan tersebut banyak membawa manfaat bersama. Kesedaran tentang

hal ini perlu ditanam di jiwa generasi baru agar tidak luput ditelan zaman.


Kepentingan Gotong-Royong

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia

moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu

aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan

bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-

membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat,

akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai

murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan

penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara

lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang

sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah

dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja

gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga

belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip

gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di

Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK).

Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan umum.

Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli

masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara. Contohnya, jika sesuatu tempat itu

menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu

membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja

perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak

sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-

royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk

pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.



Kesilapan Masakini

Setelah puluhan berlalu, gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat. Masyarakat

masa kini dampaknya lebih individualistik dan materialistik. Mereka cukup menyendiri lalu

menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka tidak akan mempengaruhi

perjalanan kehidupan seharian mereka. Mereka mula mencari wang dan pangkat kononnya untuk

memperoleh keselesaan dalam kehidupan.”Ada kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup

masyarakat moden hari ini. Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Ramai

juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka tidak mengetahui nama

jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.

Ketidakfungsian badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang

terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, dikatakan punca gejala ini berlaku. Setiap tahun, kerajaan

menguntukkan beberapa juta ringgit untuk pembangunan masyarakat dan malangnya, perbelanjaan

itu tidak sampai kepada golongan sasaran. Agensi-agensi kerajaan yang ke arah ini kurang

mengambil usaha untuk membantu masyarakat dalam perkara yang melibatkan kerjasama segenap

lapisan masyarakat. Nasib yang sama turut menimpa NGO yang kini berjumlah sekitar 40 000 buah.

Mereka dipercayai hanya bertindak seperti “melepaskan batuk di tangga”. Mereka tidak gemar

turun padang, berjumpa dan bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menolong

menyelesaikan masalah mereka. Ada juga NGO yang dipergunakan sebagai “batu loncatan” oleh

pihak tertentu untuk meraih kepentingan peribadi.


 Langkah-langkah Wajar

Situasi seperti ini sesungguhnya amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas

tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian membarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi,

amalan murni ini perlu diterapkan agar kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring

dengan kemajuan negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari

rumah meraka agar keberadaan mereka dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya

dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai

rumah kedua para generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti

kesekolahan seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, dan Hari Anugerah Cemerlang. Para pelajar

akan menguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat. Melalui kerjasama, setiap

insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain dapat menyelidiki potensi diri secara

yang lebih meyakinkan.badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan

efisien dalam usaha memugar semula semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum, dan

kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan

maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka

turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah

pertubuhan sukarela di Seksyen 17 hingga Seksyen 22 Petaling Jaya bekerjasama dengan warga

setempat mengutip plastik, kaca, dan kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan

sukarela ini patut diberi pujian. Tidak terkecuali, syarikat-syarikat swasta sewajarnya menunaikan

tanggungjawab sosial mereka dengan membantu masyarakat umum mengatasi masalah mereka.

Walaupun sehingga kini peranan syarikat swasta dalam kesejahteraan masyarakat masih samar-

samar, namun fungsi sosial mereka akan lebih jelas pada masa akan datang berdasarkan situasi masa

kini dan isentif kerajaan.


Kesimpulan

Kesimpulannya, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara.

Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu ‘Maufakat Membawa Berkat’. Pada pendapat saya,

pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di

televisyen dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula.

Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-

royong ini dalam kehidupan seharian.

 kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi

ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal

seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk

masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan

menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh,

bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan

bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk

memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.



Rujukan
1) Panitia Bahasa Melayu.Blogspot
2) Wikipedia - Amalan Bergotong Royong
3) Prezi.com - Langkah Mewujudkan Amalan Gotong Royong
4) Mazlan66.wordpress.com
5) Public Journal - Gotong Royong Menyepadukan Rakyat

No comments:

Post a Comment